Pengertian Kepemimpinan
Pentingnya arti kepemimpinan terlihat dari
banyak para ahli yang memberikan pendapatnya dalam mendefinisikan pengertian
kepemimpinan. Pengertian kepemimpinan menurut para ahli adalah sebagai berikut
Pengertian
Kepemimpinan Menurut Para Ahli Luar Negeri
- Hemhiel
dan Coons (1957:7): Menurut
Hemhiel dan Coons, bahwa pengertian kepemimpinan adalah perilaku dari
seseorang individu yang memimpin aktivitas-aktivitas suatu kelompok ke suatu
tujuan yang akan dicapai bersama (shared goal).
- Ralph
M. Stogdill: Pengertian
kepemimpinan menurut Ralph M. Stogdill adalah suatu proses mempengaruhi
kegiatan-kegiatan sekelompok orang yang terorganisasi dalam usaha mereka
menetapkan dan mencapai tujuan.
- Rauch
dan Behling (1984:46): Pengertian
kepemimpinan menurut Rauch dan Behling adalah proses mempengaruhi
aktivitas-aktivitas sebuah kelompok yang diorganisasikan ke arah
pencapaian tujuan.
- Wexley
dan Yuki (1977): Pengertian
kepemimpinan menurut Wexley dan Yuki adalah mempengaruhi orang lain untuk
lebih berusaha mengarahkan tenaga, dalam tugasnya atau merubah tingkah
laku mereka.
Pengertian Kepemimpinan Menurut Para Ahli
Indonesia
- Wahjosumidjo
(1987:11): Pengertian
kepemimpinan menurut Wahjosumidjo adalah suatu yang melekat pada diri
seorang pemimpin yang berupa sifat-sifat tertentu seperti: kepribadian
(personality), kemampuan (ability), dan kesanggupan (capability),
kepemimpinan sebagai rangkaian kegiatan (activity) pemimpin yang tidak
dapat dipisahkan dengan kedudukan (posisi) serta gaya atau perilaku
pemimpin itu sendiri. Kepemimpinan adalah proses antarhubungan atau
interaksi antara pemimpin, pengikut dan situasi.
- Sutarto
(1998b:25): Menurut
Sutarto, pengertian kepemimpinan adalah rangkaian kegiatan penataan berupa
kemampuan mempengaruhi perilaku orang lain adalah situasi tertentu agar
bersedia bekerja sama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
- S.P.Siagian: Pengertian kepemimpinan menurut S.P.Siagian
adalah kemampuan dan keterampilan seseorang untuk menduduki jabatan
sebagai pimpinan dalam suatu pekerjaan untuk mempengaruhi perilaku orang
lain, terutama bawahannya supaya berpikir dan bertindak sedemikian rupa
sehingga melalui perilaku positif ini memberikan sumbangna nyata dalam
pencapaian tujuan organisasi.
- Moejiono
(2002): Pengertian kepemimpinan dimana menurut moejiono
bahwa kepemimpinan adalah sebagai akibat penagaruh satu arah, karena
pemimpin mungkin memiliki kualitas-kualitas tertentu yang membedakan
dirinya dengan pengikutnya.
Teori Kontigensi
Teori Kontigensi Fiedler dibangunkan oleh Fred Fiedler
pada akhir tahun 1960. Ia percaya keberkesanan gaya kepimpinan yang
berbeza-beza bergantung pada situasi. Fiedler berpendapat bahawa ada dua
jenis pemimpin, tugas pertama dan berorientasi pada orang-orang berorientasikan
yang pertama. Unsur-unsur yang akan
mempengaruhi keberkesanan kepimpinan adalah :
·
Bagaimana
jelas dan berstruktur situasi pekerjaan
·
Berapa banyak kedudukan
kuasa pemimpin
·
Hubungan antara pemimpin dan
pengikut
Fiedler berpendapat bahawa situasi
yang paling menguntungkan adalah salah satu yang memiliki lingkup yang jelas,
kuasa kedudukan tinggi dan hubungan baik antara pemimpin dan pengikut. Fiedler juga
mendapati bahawa para pemimpin yang berorientasikan tugas lebih berkesan sangat
menguntungkan atau tidak menguntungkan situasi, sedangkan hubungan pemimpin
berorientasikan prestasi terbaik dalam situasi dengan keadaan yang berkesan.
Teori Kontigensi Fiedler menunjukkan hubungan antara
orientasi pemimpin atau gaya dan
prestasi kumpulan yang berbeza di bawah keadaan situasional. Teori ini didasarkan pada penentuan orientasi pemimpin (hubungan atau tugas), unsur-unsur dari situasi (hubungan pemimpin-ahli, tugas struktur, dan kekuasaan pemimpin kedudukan), dan orientasi pemimpin yang dijumpai paling berkesan kerana situasi berubah daripada keadaan yang minimum hingga keadaan yang maksimum untuk mengawal kualiti. Fiedler mendapati bahawa tugas pemimpin yang berorientasikan lebih berkesan dalam situasi minimum dan maksimum kawalan dan hubungan pengurus berorientasi lebih berkesan dalam situasi kawalan moderat.
prestasi kumpulan yang berbeza di bawah keadaan situasional. Teori ini didasarkan pada penentuan orientasi pemimpin (hubungan atau tugas), unsur-unsur dari situasi (hubungan pemimpin-ahli, tugas struktur, dan kekuasaan pemimpin kedudukan), dan orientasi pemimpin yang dijumpai paling berkesan kerana situasi berubah daripada keadaan yang minimum hingga keadaan yang maksimum untuk mengawal kualiti. Fiedler mendapati bahawa tugas pemimpin yang berorientasikan lebih berkesan dalam situasi minimum dan maksimum kawalan dan hubungan pengurus berorientasi lebih berkesan dalam situasi kawalan moderat.
Pendekatan dari segi sikap
dan perilaku memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi keberkesanan
kepimpinan seseorang ketua. Keberkesanan ini telah diakui melalui dua cara atau
tindakan iaitu, ciri-ciri yang ada dalam diri seseorang individu dan situasi di
mana mereka mengenal pasti diri mereka sendiri. Teori Kontigensi merupakan satu
daripada pendekatan yang paling popular dalam memahami konsep kepimpinan, teori
Fiedler memfokuskan kepada dua kepentingan dalam isu kepimpinan: Kenapa dalam
sesetengah situasi, seorang ketua perlulah lebih efektif jika dibandingkan
dengan ketua yang lain walaupun mereka mempunyai mandat yang baik, dan kenapa
sesetengah ketua lebih efektif dalam satu situasi sahaja tetapi tidak dalam
situasi yang lain.
Pada dasarnya teori
kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada
kesesuaian dan kelarasan personaliti dan tingkah laku pemimpin dengan
faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa, kedudukan atau jawatan,
dan kemahiran serta sikap para pekerja. Teori kontigensi menganggap bahawa
tidak terdapat satu gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi,
ini bergantung pada situasi dan tahap keupayaan pekerja. Oleh itu seorang
pentadbir atau pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting
yang boleh mempengaruhi tingkah laku pemimpin dalam situasi yang tertentu, dan
meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasi tersebut.
Teori kontigensi ini
diasaskan oleh Fred E. Fiedler dan rakan-rakannya di Universiti Illinios di
Amerika Syarikat. Nama penuh teori ialah Model Kontigensi Untuk Keberkesanan
Kepimpinan. Andaian-andaian utama yang dipegang ialah:
·
Proses
kepimpinan adalah proses mempengaruhi para pekerja
·
Kuasa
yang dating dengan jawatan yang dipegang dan pengaruh yang dipunyai oleh
seseorang pemimpin menentukan keupayaannya untuk melaksanakan perancangan,
membuat keputusan, dan mengatur strategi tindakan dalam operasi.
·
Situasi
yang berbeza-beza memerlukan jenis kepimpinan yang berbeza-beza. Begitu juga
kepimpinan yang berkesan dalam satu situasi mungkin tidak berkesan dalam
situasi yang lain.
·
Keberkesanan
sesebuah organisasi adalah bergantung kepada interaksi antara stail kepimpinan
yang diamalkan oleh pemimpin dengan keadaan atau situasi yang dihadapi.
Situasi yang dimaksudkan
dalam teori ini ialah suasana kerja, keadaan kawalan dan keadaan tugas yang
terdapat. Keupayaan mempengaruhi situasi adalah bergantung kepada kuasa yang
dipegang oleh seorang pemimpin, struktur tugas dan hubungannya denagn pekerja
di bawah kawalannya. Dengan lain perkataan seorang pemimpin yang memegang
jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam hierarki kuasa, mempunyai banyak
pengaruh ke atas pekerjanya. Tugas yang jelas dari segi matlamat, kaedah dan
mempunyai struktur perlaksanaan yang tersusun pula, adalah lebih mudah
dilaksanakan daripada yang kabur dan yang tidak berstruktur. Pemimpin yang
mempunyai hubungan yang rapat dengan pekerja, dihormati dan disukai, adalah
lebih mudah diikuti oleh pekerja daripada pemimpin yang sombong, bengis dan
tidak mesra.
Fiedler telah mengemukakan
satu teknik untuk mengukur perhubungan antara pemimpin dengan pengikutnya dan
seterusnya mengenal pasti stail kepimpinan yang digemari dan dianggap sesuai
untuk situasi-situasi tertentu. Stail kepimpinan masih diasaskan kepada dua
dimensi yang telah dihuraikan iaitu; yang berorientasikan tugas dan yang
berorientasikan perhubungan atau timbang rasa.
Teknik yang digunakan oleh
Fiedler untuk mengukur hubungan dan stail kepimpinan itu dinamakan skala Least
Preferred Coworker (LPC), yang merupakan satu ukuran personaliti. Satu soal
selidik mudah telah digunakan dan meminta pekerja, selaku responden, menyatakan
rakan yang paling tidak disukai untuk bekerja dengannya. Responden diminta
menghuraikan tentang rakan itu berasaskan senarai item dan skala yang
disediakan. Skala itu adalah jenis-jenis personality mengikut dua gambaran yang
bertentangan iaitu yang paling positif dan yang paling negatif.
Dalam kajian-kajian yang
terbaru, Fiedler dan rakannya seperti dengan Gracia (1987) membuat interpretasi
baru mengenai skor atau jumlah markah soal selidik LPC. Fiedler meminta
ahli-ahli dalam kumpulan yang dikaji menamakan orang yang paling disukai dan
berpengaruh untuk dijadikan pemimpin. Pengukuran pandangan itu dibuat melalui
skala atmosfera kumpulan dan digunakan untuk menunjukkan setakat mana seseorang
pemimpin itu diterima dan dilihat selesa bersama kumpulannya. Mereka yang
memperoleh markah LPC yang rendah diangggap lebih cenderung berorientasikan
kepimpinan yang bercorak autokratik dan berorientasi tugas. Sebaliknya pekerja
yang mendapat skor LPC yang tinggi dianggap sebagai pemimpin yang lebih
demokratik dan berorientasikan timbang rasa dan oleh itu adalah lebih efektif.
Stail-stail kepimpinan yang
terdapat dalam teori kontigensi ini menginagtkan kita betapa rumitnya konsep
kepimpinan itu. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak
semestinya semestinya dianggap secara automatik seorang pemimpin. Seorang
pemimpin haruslah menyediakan diri untuk peranan ini. Menyedari bahawa kualiti
kepimpinan adalah sangat penting untuk kejayaan sekolah, pengetua dan guru
besar perlulah mengetahui dan memahami teori-teori dan gaya kepimpinan yang
telah dibincangkan dalam teori kontigensi ini dan seterusnya menukar corak
kepimpinan mengikut keadaan.
Daftar Pustaka
·
Tim Pengembang Ilmu Pendidikan. 2007. Ilmu dan Aplikasi Pendidikan.
Bandung: PT Imtima.
·
Nogi, Hessel. 2007. Manajemen Publik. Jakarta: PT Grasindo.
·
Umar, Husein. 2000. Business An Introduction. Jakarta: PT Gramedia Pustaka
Utama.
·
Rahardjo Adisasmita, 2011. Pengelolaan Pendapatan dan Anggaran Daerah. Yang
Menerbitkan Graha Ilmu : Yogyakarta.
NAMA : FIRMANSYAH
KELAS : 3PA13
NPM : 14514296
TUGAS :
PSIKOLOGI MANAJEMEN
Tidak ada komentar:
Posting Komentar